Hamadaya Jalin Kerjasama Dengan Apom Hasilkan T-shirt Edisi Terhad

Hamadaya Jalin Kerjasama Dengan Apom Hasilkan T-shirt Edisi Terhad

Hamadaya, jenama sos Jepun di pasaran Malaysia yang pernah memenangi pelbagai anugerah bekerjasama dengan jenama kedai barangan budaya popular (pop culture) Malaysia, APOM, sempena sambutan Hari Malaysia.

Tujuan kerjasama ini adalah untuk memberi penghormatan kepada rakyat Malaysia yang berminat pada masakan dan kebudayaan Jepun.

Bagi tujuan ini, Hamadaya dan APOM melancarkan dua rekaan kemeja-T edisi terhad eksklusif yang menggambarkan minat rakyat Malaysia terhadap makanan dan budaya Jepun. Baju ini menampilkan kreativiti eksklusif APOM dan mainan kata (wordplay) yang lucu, yang sinonim dengan keunikan jenama tersebut.

Bagi mewakili semangat budaya popular Malaysia, salah satu daripada reka bentuk kemeja-T yang dikeluarkan memberi penghormatan kepada budaya makan di kedai mamak yang digemari rakyat Malaysia. Rekaan tersebut menampilkan gambaran hidangan sarapan pagi yang terkenal di negara ini: telur separuh masak, bertemankan sebotol kicap Hamadaya.

Satu lagi reka bentuk kemeja-T menampilkan gambaran semangkuk ramen yang lazat, dengan kicap Hamadaya sebagai daya tarikan utama. Disulam slanga Malaysia, rekaan tersebut juga menampilkan istilah “lah men” sebagai mainan kata bagi menggantikan perkataan “ramen.” Pengeluaran kemeja-T edisi terhad ini menzahirkan budaya Malaysia yang kaya dan kecintaan rakyat Malaysia yang tidak berbelah bagi kepada makanan, sempena Hari Malaysia.

Naib Presiden Pemasaran Hamadaya, Lili Ho berkata,

“Kami sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan produk Hamadaya kepada audiens baharu dan menggalakkan mereka menggunakan sos kami dalam masakan dan hidangan mereka. Bezanya kali ini, kami adunkan cita rasa Hamadaya dengan keseronokan dan keriangan budaya popular Malaysia menerusi kerjasama dengan APOM, sebuah jenama kelahiran Malaysia. Kami bekerjasama dan menghasilkan kemeja-T edisi terhad ini bagi membolehkan rakyat Malaysia mempamerkan kecintaan mereka terhadap masakan Jepun dengan cara yang kreatif tetapi bergaya.”

Sementara itu, Pengurus Besar & Rakan Kongsi APOM, Joanne Yong, berkata,

“Sebagai jenama Malaysia, kami berbangga dengan penghasilan cenderamata yang diselitkan dengan mainan kata yang lucu dan disukai ramai. Kali ini, kami menampilkan salah satu perencah kegemaran Malaysia iaitu kicap. Kami ingin menarik perhatian audiens kami, dan kami kekal komited untuk mencuba pelbagai konsep reka bentuk yang inovatif untuk menggembirakan pelanggan kami yang dihargai.”

Hamadaya dan APOM berharap kerjasama ini akan menginspirasikan jenama tempatan lain untuk turut sama menghargai kekayaan budaya dan warisan negara terutama sekali makanan Malaysia menerusi pelbagai cara kreatif. Kemeja-T edisi terhad ini dijual pada harga RM50 setiap satu dan boleh didapati di ‘The APOM Store @ KLCC’ dalam tempoh yang terhad!

Tentang Hamadaya

Diasaskan pada 1818 di Kumamoto, Jepun, Hamadaya berbangga dengan tradisi dan warisannya. Menggunakan resipi rahsia turun-temurun yang telah teruji selama 200 tahun, pakar pembuat kicap generasi ketujuh Hamadaya, Hironari Hamada memastikan pembuatan kicap-kicap Hamadaya tetap menghasilkan aroma dan rasa yang tiada tolok bandingnya dengan menggunakan ramuan asas yang unggul dan berkualiti tinggi.

Di Malaysia, Hamadaya menawarkan tiga (3) jenis kicap: Kicap Soya Premium, Kicap Perasa, dan Kicap Kurang Garam, dan satu (1) jenis sos tiram: Sos Pati Tiram serta dua (2) jenis bes untuk sup iaitu Sup Oden dan Sup Oden Pedas.

Kicap-kicap dan sos yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa (oleh Monde Selection dan International Taste Institute) ini dperakukan halal dan sedia untuk terus digunakan. Proses penyeduhan secara semula jadi yang digunakan menjadikan ia pilihan utama dalam kalangan cef-cef terkemuka. Hamadaya menghidangkan perisa Jepun yang asli kepada dunia menerusi kicap soya dan sos tiram premiumnya.

Tentang APOM

APOM (A Piece of Malaysia) ialah kedai budaya popular tempatan yang meraikan Malaysia dalam cara yang dekat di hati rakyat Malaysia, dengan pelbagai barangan dan cenderamata lucu dan unik tentang budaya Malaysia. Kedai Apom terletak di Suria KLCC, Bangsar Village 1, Pasar Seni dan secara dalam talian di www.apom.my.

Source: https://inspirasimediaonline.com/2023/09/22/hamadaya-jalin-kerjasama-dengan-apom-hasilkan-t-shirt-edisi-terhad/