Bila Rasa Jepun Bertemu Slanga Malaysia

Bila Rasa Jepun Bertemu Slanga Malaysia

Uniknya Malaysia bukan sahaja pada masyarakat majmuknya, tetapi juga pada perpaduan bahasa a.k.a slanga yang mewarnai perbualan harian sesama kita. 

Mengambil semangat Hari Malaysia, Hamadaya dan APOM bekerjasama untuk memberi penghormatan kepada minat mendalam rakyat Malaysia terhadap masakan dan kebudayaan Jepun dengan dua rekaan kemeja-T edisi terhad eksklusif. Reka kata pada kemeja-T ini menampilkan kreativiti eksklusif APOM dan mainan kata (wordplay) yang lucu, sinonim dengan keunikan jenama tersebut.

Salah satu daripada reka bentuk kemeja-T yang dikeluarkan memberi penghormatan kepada aktiviti kegemarani rakyat Malaysia, budaya makan di kedai mamak! Rekaan tersebut menampilkan gambaran hidangan telur separuh masak, bertemankan sebotol kicap Hamadaya. Satu lagi reka bentuk kemeja-T menampilkan gambaran semangkuk ramen yang lazat, dengan kicap Hamadaya sebagai daya tarikan utama dan disulam slanga Malaysia, “lah men”! 

“Kami sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan produk Hamadaya kepada audiens baharu dan menggalakkan mereka menggunakan sos kami dalam masakan dan hidangan mereka. Bezanya kali ini, kami adunkan cita rasa Hamadaya dengan keseronokan dan keriangan budaya popular Malaysia menerusi kerjasama dengan APOM, sebuah jenama kelahiran Malaysia. Kemeja-T edisi terhad ini membolehkan rakyat Malaysia mempamerkan kecintaan mereka terhadap masakan Jepun dengan cara yang kreatif dan penuh bergaya,” ujar Naib Presiden Pemasaran Hamadaya, Lili Ho.

Sementara bagi APOM, Pengurus Besar & Rakan Kongsi APOM, Joanne Yong, berkata, mereka berbangga dengan penghasilan cenderamata yang diselitkan dengan mainan kata yang lucu dan disukai ramai. 

“Kali ini, kami menampilkan salah satu perencah kegemaran Malaysia iaitu kicap. Kami ingin menarik perhatian audiens dan kami kekal komited untuk mencuba pelbagai konsep reka bentuk yang inovatif untuk menggembirakan pelanggan kami yang dihargai.”

Hamadaya dan APOM berharap kerjasama ini akan menginspirasikan jenama tempatan lain untuk turut sama menghargai kekayaan budaya dan warisan negara terutama sekali makanan Malaysia menerusi pelbagai cara kreatif. Kemeja-T edisi terhad ini dijual pada harga RM50 setiap satu dan boleh didapati di ‘The APOM Store @  KLCC’ dalam tempoh yang terhad!

Source: https://rajalepak.com/2023/09/25/bila-rasa-jepun-bertemu-slanga-malaysia/


Source: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=634078558867764&id=100067968760458&mibextid=qC1gEa


Source: https://www.instagram.com/p/CxfaTW7B2cv/?igshid=MWZjMTM2ODFkZg==